Warga emas rugi RM2.27 juta terpedaya pelaburan diiklankan melalui WhatsApp

17 Jun 2024 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang akauntan warga emas kerugian lebih RM2.27 juta selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan mengenai pembelian saham yang diiklankan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 75 tahun itu membuat laporan polis semalam dan mendakwa dia mula terjerat dengan penipuan terbabit sejak 19 Dis tahun lepas.

“Mesej WhatsApp berkenaan memberi penerangan tentang cara membuat pelaburan dengan turut menjanjikan keuntungan yang lumayan secara mudah dalam masa singkat.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa mengikut arahan dalam mesej dengan memuat turun satu aplikasi selain dia turut mendaftar bank akaun bagi memantau pelaburan yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Beliau berkata mangsa mula membuat pelaburan menerusi beberapa transaksi bermula bulan lepas sehingga awal bulan ini dengan keseluruhan wang dipindahkan berjumlah lebih RM2.27 juta.

Kumar berkata mangsa kemudian dimaklumkan pihak sindiket bahawa keuntungannya mencapai RM12.9 juta hasil pelaburan dibuat, namun dia diminta membayar komisen RM1.6 juta sebelum boleh mengambil wang keuntungan itu.

“Mangsa enggan membuat pembayaran komisen berkenaan kerana mengesyaki telah ditipu sindiket pelaburan palsu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.