Warga Emas Sambung Degree, Netizen Berpandangan Cetek Suruh Fokus ‘Ilmu Akhirat’

9 Mar 2023 • 1:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kisah ini sepatutnya dijadikan inspirasi, bukan diperlekehkan.

Warga Emas Sambung Degree, Netizen Berpandangan Cetek Suruh Fokus ‘Ilmu Akhirat’. Baru-baru ini, tular kisah di mana seorang warga emas menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM). Perkongsian itu seterusnya mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Namun demikian, terdapat sesetengah netizen yang berpikiran cetek memuat naik komen mengatakan wanita berusia 64 tahun yang menyambung pelajarannya itu sepatutnya fokus ke arah ilmu akhirat.

image is not available
Warga Emas Sambung Degree, Netizen Berpandangan Cetek Suruh Fokus ‘Ilmu Akhirat’. Sumber foto: Twitter

Memperlekehkan wanita berkenaan

Golongan tidak bertanggungjawab itu memuat naik komen memperlekehkan wanita berkenaan dan beranggapan bahawa usahanya menyambung pelajaran ke peringkat degree adalah sia-sia dan dia sepatutnya belajar tentang ilmu akhirat pula.

Sambung degree menuju akhirat la makcik, degree dunia xda guna satu habuk pun di usia gini”.

“Tarif Ilmu: Apa yang akan menjadi jawapan di dalam kubur. Lain dari itu bukanlah ilmu yang hakiki melainkan pengalaman semasa manusia atau untuk usaha individu cari makan”.

Netizen tak bertanggungjawab

Ada juga netizen ”bitter” yang berkata bahawa adalah lebih baik buat wanita berkenaan untuk menuntut ilmu akhirat sahaja pada usia senja ini.

image is not available
Sumber foto: Twitter

Menuduh warga emas tersebut mengabaikan agama

Komen berkenaan bukan sahaja tidak masuk akal malah ia seolah-olah menuduh warga emas tersebut mengabaikan ilmu agama. Pada hantaran Twitter berkenaan juga, anak wanita itu memuat naik komen mengatakan;

Alhamdulillah syukur, kami anak-anak akan terus sokong perjuangan mak. Biarlah dikeji, dihina sebab mencari ilmu yang dikatakan tak membawa faedah untuk orang yang berumur senja ini. InshaAllah mak akan lebih berjaya.”

Menerusi salah satu komen di hantaran berkenaan terdapat warganet yang memanggilnya sebagai Ustazah. Rupanya warga emas itu terdahulu merupakan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Tanjung Tokong.

Usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu menuntut ilmu, tiada agama yang baik menghalang seseorang itu untuk menuntut ilmu. Jadi, pastikan diri itu menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum nak mengata orang lain. Jangan jadi seperti tin kosong, Bunyi nya kuat tapi isinya kosong.

Lagi cerita menarik buat anda di sini: