Warga emas selamat kereta terjunam ke longkang

LocalCars
12 Dec 2024 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Sepasang suami isteri warga emas terselamat selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam longkang dalam kemalangan di Jalan Chong Thien Vun, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa masing-masing berusia 79 dan 78 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan pihaknya dengan selamat.

AdvertisementMenurutnya, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian pada jarak enam kilometer (KM) selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.47 pagi menerusi MERS999.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai terbabas sendiri lalu termasuk ke dalam longkang, manakala kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan pihak bomba,”katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Jemishin berkata, pasangan warga emas berkenaan tidak cedera dalam kejadian itu, namun dihantar ke Hospital Tawau menaiki jentera EMRS untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 9.07 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian.