Warga emas sesat ketika daki bukit ditemukan meninggal dunia

28 Mar 2024 • 8:09 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Lelaki warga emas yang dilaporkan tersesat ketika mendaki bukit berhampiran Persiaran Shorea Seksyen U16 di sini, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa berusia 64 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada 7.50 malam.

Beliau berkata mangsa mendaki bukit berkenaan seorang diri pada 9.30 pagi semalam dan sempat menghubungi anaknya pada 3.43 petang setelah gagal menemukan jalan pulang.

“Susulan itu bomba melakukan gerakan mencari dan menyelamat namun gagal mengesan mangsa sehingga pada 7.50 malam tadi mangsa dijumpai oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Iqbal berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi Inspektor Saipol Paizi di 012-5781435 untuk membantu siasatan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved