Warga emas terkunci dalam rumah dibantu

LocalHealth & Fitness
30 Jul 2025 • 3:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki warga emas, 68, dihantar ke Hospital Tawau selepas ditemui separa sedar di dalam sebuah rumah terkunci di Jalan Cole Adam, pada Isnin malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memohon bantuan membuka pintu rumah terkunci pada jam 9.29 malam menerusi MERS999.

Menurutnya, pihaknya tiba di lokasi sekitar sembilan minit kemudian bersama tiga jentera, termasuk kenderaan utiliti, dan 11 anggota.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Pasukan Bomba bertindak membuka pintu terkunci menggunakan peralatan khas dan mendapati seorang mangsa lelaki di dalam bilik rumah terkunci dalam keadaan separa sedar.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, Selasa.

Jemishin berkata, pihaknya menamatkan operasi pada jam 9.55 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi.