Warga Emas Terpaksa Jual Penutup Subang Demi Baiki Motosikal Undang Sebak [Video]

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2024 • 4:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap manusia tidak pernah lari dari ujian. Ada hari kita senang, ada hari kita diuji dengan dugaan dan ditimpa kesusahan.

Namun, ujian sebeginilah yang menguji kekuatan dan ketabahan seseorang dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Tidak mudah menyerah kalah, kebanyakan individu akan berusaha keluar dari kemelut kesusahan walaupun terpaksa berkorban dan menggadaikan barang berharga.

Jual Penutup Subang Isteri Demi Wang

Begitulah yang dihadapi oleh seorang warga emas apabila terpaksa menjual penutup subang isterinya demi mendapatkan wang ringgit.

Perkara itu dikongsikan oleh pekerja sebuah kedai emas di Kuantan, Pahang menerusi satu video di akaun TikTok @kedaiemasqsrgoldkuantan.

Melalui perkongsian tersebut, warga emas yang menggelarkan dirinya sebagai pak cik telah datang ke premis itu bagi bertanyakan nilai penutup subang milik isterinya.

Pekerja Buat Ujian Semak Ketulenan & Timbang Berat Sebelum Bagitahu Harga

Walau bagaimanapun, pekerja itu tidak terus memberitahu nilai barang terbabit kerana perlu melakukan ujian ketulenan dan menimbang barang kemas itu terlebih dahulu.

Hasil ujian itu menunjukkan barang kemas tersebut sememangnya tulen dan merupakan emas dari jenis 916.

Berdasarkan harga semasa, pekerja kedai berkenaan menimbang berat dan menilai harga yang perlu dibayar kepada pelanggannya itu.

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat penutup subang berkenaan mempunyai berat sebanyak 0.19 gram.

Apabila digandakan dengan harga jual beli yang ditetapkan iaitu RM300, harga barang tersebut secara keseluruhannya bernilai RM57.

Namun begitu, atas dasar ihsan, kedai emas berkenaan menggenapkan nilai wang tersebut menjadi RM60.

Rupanya Jual Untuk Baiki Tayar Motosikal

Apa yang menyedihkan apabila pakcik berkenaan memberitahu tujuannya menjual barang kemas milik isterinya itu kerana mahu membaiki tayar motosikal yang pecah.

Malah, lelaki itu mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada pekerja kedai berkenaan yang dapat menerima barang tersebut.

“Terima kasih banyak-banyak dik. Semoga adik dan semua dimurahkan rezeki selalu Amin,” kata warga emas berkenaan.

Ramai Sebak, Ada Yang Kongsi Kisah Sama

Video yang telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna sebak mengenangkan kesusahan yang dihadapi oleh warga emas berkenaan.

Malah, ada pengguna yang mahu menghulurkan bantuan dan enggan mengambil subang tersebut jika bertemu dengannya.

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi kisah berhadapan dengan situasi sama menghadapi kesusahan.

Berikut merupakan komen pengguna TikTok:

“Sedihnya, Kita Ingatkan Kita Je Yang Paling Susah, Ternyata Ada Yang Lagi Susah”

image is not available

“Zaman Sekarang Ramai Orang Tak Berduit, Ada Duit Pun Barang Mahal”

image is not available

“Lain Orang Lain Cerita Dia, Bila Kita Dekat Atas, Cuba Tengok Orang Bawah. RM57 Tu Besar Dah Untuk Orang Yang Takde Duit”

image is not available

“Bagi Kita Sikit Tapi Bagi Orang Yang Memerlukan, Banyak Bagi Depa”

image is not available

“Saya Pernah Alami Macam Ni, Pajak Cincin Mak Tak Dapat Tinggi, Bila Pekerja Tanya Untuk Apa, Saya Cakap Buat Belanja Cari Kerja, Terus Abang Tu Tambah Duit Dia”

image is not available

“Kalau Jadi Dekat Aku, Bagi Je Seratus, Pulang Balik Emas Tu, Sebab Aku Rasa Yang Diuji Bukan Pakcik Tu Tapi Tuhan Uji Aku”

image is not available

Source: