Warga emas ugut pesara ditangkap polis di Tawau

LocalPolitics
24 Apr 2025 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Polis menahan seorang warga emas berusia 65 tahun yang disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pesara, 67, menerusi WhatsApp pada Ahad petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek warga tempatan itu ditangkap di hadapan sebuah rumah di Taman Semarak sekitar jam 3.30 petang.

Katanya, warga emas itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, susulan laporan polis dibuat mangsa.

Menurutnya, mangsa mendakwa menerima mesej berunsur ancaman daripada suspek dalam perbualan WhatsApp antara mereka.

“Siasatan awal mendapati suspek menghantar mesej yang mengandungi ugutan serius terhadap mangsa, termasuk ancaman untuk mencederakan dan membunuh pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Katanya, tiada sebarang rampasan atau kerugian harta dilaporkan dalam kejadian ini dan suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Jasmin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah menggunakan komunikasi bertulis.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan aplikasi telekomunikasi.