
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 36 tahun didakwa memiliki 31.3 gram syabu.
Al Najir Hamsani dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, untuk menghadapi pertuduhan terhadapnya.
Tiada pengakuan diambil daripada Al Najir sementara menunggu laporan ahli kimia untuk dadah itu.
Dia didakwa memiliki dadah itu pada 1.40 tengah hari 19 Jun tahun ini di tepi jalan di Jalan Tuaran, di sini.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 5 Ogos tahun ini untuk sebutan dan memerintahkan Al Najir direman lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
