Warga Filipina dilepas tanpa bebas tuduhan rogol remaja

5 Jul 2022 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 26 tahun dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan merogol seorang remaja.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus memberikan DNAA kepada Abim Jalasiri selepas Pegawai Penyiasat kes yang hadir di mahkamah, memaklumkan kepada mahkamah bahawa mangsa tersebut tidak dapat dikesan.

Kes itu dikemukakan untuk sebutan akhir bagi mengemas kini status kes.

Abim diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang ke negara asal.

Dia didakwa merogol remaja berusia 16 tahun 8 bulan itu pada jam 8.15 malam 5 Julai 2020 di sebuah unit di Kingfisher Putatan Condominium, Putatan.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin hadir untuk pendakwaan manakala Abim tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.