Warga Filipina edar dadah dijel 30 tahun

27 Feb 2024 • 2:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang lelaki Filipina berusia 45 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan diperintahkan dikenakan 12 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana mengedar 199.71 gram Methamphetamine, tahun lalu.

Isnawi Sarawi mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol melakukan jenayah itu di kawasan tepi jalan Kg Panji, Jalan Pantai, Lahad Datu pukul 3.30 petang, pada 1 Feb, 2023.

Isnawi didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pertuduhan itu membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, boleh dihukum sebatan kurang daripada 15 sebatan.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain mendakwa manakala Isnawi diwakili peguam Vivian Thien.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.