Warga HRPZ II luah beban kerja tinggi, alami gejala ‘burnout’ -Menteri KKM

LocalHealth & Fitness
30 May 2025 • 6:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Beban kerja yang tinggi, kekangan sumber manusia dan gejala ‘burnout’ antara isu utama yang dibangkitkan oleh kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semasa lawatan kerja Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di hospital tersebut hari ini.

Dengar sendiri luahan jujur warga HRPZ II

Menerusi Facebook Dr Dzulkefly, beliau mengambil peluang turun padang ke HRPZ II di Kota Bharu sempena lawatan kerjanya ke Kelantan untuk duduk bersama hampir semua Ketua Jabatan dan mendengar sendiri pandangan, keluhan serta cadangan mereka.

“Saya percaya, laporan rasmi sahaja tidak cukup. Kita mesti turun padang, menilai realiti di lapangan dan memahami denyut nadi warga kerja KKM sendiri,” katanya.

image is not available

Warga HRPZ II alami bebanan kerja yang sangat tinggi

Beliau menambah, antara isu yang dibangkitkan oleh petugas hospital termasuk kekangan sumber manusia, beban kerja yang sangat tinggi dan gejala ‘burnout’ yang melanda ramai petugas kesihatan di hospital itu.

“Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kekangan sumber manusia, beban kerja yang tinggi dan gejala ‘burnout’ dalam kalangan petugas.
“Ini bukan rungutan kosong, tetapi luahan jujur daripada mereka yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan awam kita,” ujarnya.

image is not available

Cuba sedaya upaya untuk tangani

Menteri Kesihatan turut menegaskan bahawa isu-isu tersebut kini dalam penelitian dan mendapat perhatian serius daripada beliau bersama pasukan KKM.

“Insya-Allah, akan kita tangani sebaik mungkin,” katanya.

image is not available

Dalam lawatan itu, Dr Dzulkefly turut merasmikan Pink Ribbon Centre yang menyediakan rawatan kanser payudara secara holistik dan meninjau beberapa jabatan penting sebagai usaha memperkukuh perkhidmatan kesihatan.

Namun, jelas keluhan warga HRPZ II menunjukkan realiti tekanan kerja yang sangat berat dan cabaran kekurangan tenaga manusia yang memerlukan tindakan lebih serius dari KKM.

Sumber: Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

View Original Article