
Warga HTJ Berduka, “Leha HTJ” Hilang
Baru-baru ini, tular mengenai hebahan kehilangan seekor kucing di betina yang di pelihara warga kerja Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Menerusi perkongsian TikTok @beyllanabella27 yang juga salah seorang kakitangan hospital berkenaan, kucing yang diberikan nama Leha itu kali terakhir dilihat enam hari lalu di sekitar hospital berkenaan.
“Mohon bantuan kongsi pada KKS (kelab kucing senawang). Bantu kongsi hantaran dan gambar Leha (kucing).
“Memang Bella yang buat content Leha masa dekat HTJ tapi siapa sangka suatu hari viral dekat TikTok Leha HTJ, jadi tumpuan ramai siapa juga sangka dia hilang.
“6 hari lepas ada orang tag saya minta viralkan balik kucing Leha hilang,” luahnya.
Dalam masa yang sama, dia memohon orang ramai yang ternampak kelibat atau mengambil kucing itu untuk memulangkan kembali.
“Pulangkan semula Leha HTJ, dia bukan milik anda, jangan ambil dia suka-suka tanpa minta izin.
“Tolong sama-sama bantu cari Leha HTJ Seremban. Semoga Leha, CEO Security Guard jumpa semula,” katanya.
Dalam beberapa klip di akaun TikTok itu sebelum ini, berkongsi momen-momen Leha menemani warga HTJ sewaktu bertugas, dengan telatahnya yang sentiasa menghiburkan.
@beyllanabella27 Replying to @Ain Mart JIKA ADA TERNAMPAK ATAU TERAMBIL MOHON PULANGKAN SEGERA PIHAK EMERGENCY HTJ SEREMBAN.. #viralkan #hjtseremban #emergency #hospitalseremban #lehaserembanhjt
Netizen tumpang sedih kehilangan Leha HTJ
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih dengan kehilangan Leha.
Malah, sebahagian mereka turut memanjatkan doa agar kucing itu dijumpai semula dalam masa terdekat.
Berikut antara komen netizen;
“Weh kucing ni dia selalu duduk dekat emergency punya counter tu, panggil memang sombong gila tapi perangai dia tu siap duduk dekat counter tengok orang serupa security comei,” komen seorang pengguna.
“Kucing ni yang selalu ada dekat pusat rawatan harian tu kan.. patut comel gebu je ada orang jaga rupanya,” tulis seorang lagi.
“Kak, kami masih tidak boleh terima kehilangan dia,” luah seorang lagi.
“Sian leha. Dari anak 1 hingga 3 si Leha jaga kaunter pendaftaran.. Sampi hati betol orang ambil dia,” komen seorang lagi.
The post Warga HTJ Berduka, “Leha HTJ” Hilang appeared first on Siakap Keli.
