Warga Indo, Filipina tinggal lebih masa dijel setahun

25 Jan 2025 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang warga Indonesia dan seorang warga Filipina masing-masing dipenjara setahun kerana tinggal di negeri ini selama 17 tahun selepas pas lawatan sosial mereka tamat tempoh.

Antonius Boli Buga, 54, warga Indonesia, dan Ursula Kuma, 49, warga Filipina, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain atas pertuduhan terhadap mereka.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Antonius didapati tinggal di negeri ini selepas pas lawatan sosialnya tamat tempoh pada 9 Mac 2007 dan tinggal melebihi tempoh selama 17 tahun 10 bulan.

Dia ditangkap pada 10 Jan tahun ini pada pukul 12.50 tengah malam di sebuah rumah di Entabean, Jalan Tenom Lugud.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sementara itu, Ursula Kuma, 49, ditangkap pada hari dan tempat yang sama selepas pas lawatan sosialnya tamat tempoh pada 31 Jan 2007 dan tinggal melebihi tempoh selama 17 tahun 11 bulan.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu memperuntukkan hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas menjalani hukuman penjara, mereka diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pegawai Pendakwa Chin Tze Mee tampil untuk pendakwaan, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

View Original Article