Warga Indo pandu cuai, sebabkan kemalangan didenda RM6,000

LocalCars
22 Jun 2023 • 4:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pemandu warga Indonesia didenda RM6,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Trafik di sini kerana memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan seorang pejalan kaki, dua tahun lalu.

Syahriel Raja Buan, 48, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana melakukan kesalahan itu terhadap Maria Jari ketika memandu sebuah Proton Saga di Taman Layang-Layang, di sini pada 10.30 pagi 2 Ogos 2021.

Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa siasatan polis mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian Syahriel ketika memandu kereta itu, di mana apabila tiba di hadapan sebuah rumah di Lorong Zirafah 6, dia tidak menyedari gear kenderaannya masih dalam mod ‘D’ dan brek tangan tidak ditarik dengan betul.

Kereta itu tiba-tiba bergerak ke hadapan sebelum merempuh pagar besi itu dan Maria, yang ketika itu berdiri di belakang pagar, kata pihak pendakwaan.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Mangsa mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, kata mahkamah.

Syahriel didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman denda antara RM5,000 dan RM10,000 dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga memerintahkan lesen memandu Syahriel diendorskan dengan sabitan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi pemandu didenda RM2,000 atau penjara dua bulan kerana mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Md Faizul Abd Muis, 35, mengaku melakukan kesalahan itu terhadap seorang penunggang motosikal, Faizal Saimin pada 9 pagi, 28 Okt 2021 di Jalan Kepayan, di jejambat KKIA 1 di sini.

Menurut pihak pendakwaan, siasatan polis berhubung kemalangan di tempat tersebut mendapati, Faizul yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Papar menghala ke bandar, terus memberhentikan kenderaan itu di lorong kiri jejambat itu apabila stereng bergegar. Fakta kes menyatakan Faizul tidak meletakkan tanda segi tiga sebagai amaran awal dan tidak berhenti di luar jalan atau di lorong kecemasan, menyebabkan sebuah motosikal melanggar kenderaannya sehingga penunggang motosikal itu tercampak ke tengah-tengah jalan dan dilanggar oleh sebuah kereta yang sedang bergerak.

Kaki kiri mangsa patah akibat kejadian itu dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Faizul didakwa mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 dan RM5,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article