Warga Indonesia cuba lupus, simpan barang curi kena 7 bulan

11 Jan 2024 • 1:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan terhadap seorang lelaki warga Indonesia atas dua pertuduhan cuba melupuskan barang curi dan menyimpan harta curi.

Suharto Mijan, 37, mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas kedua-dua perbuatan itu.

Bagi pertuduhan pertama, Suharto dipenjara tiga bulan kerana cuba memindahkan satu unit gerudi kepunyaan Rranssius Yohanes pukul 9.45 malam pada 18 Dis, 2023 di Manggatal Plaza.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan bersama dengan Seksyen 511 Kanun sama.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Bagi pertuduhan kedua, Suharto dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana mempunyai dua tong gas, satu unit ‘hand blower’, satu unit gerudi kecil dan satu unit mesin jet air curi kepunyaan pengadu sama.

Kesalahan itu dilakukan jam 11.05 malam pada 18 Dis di kawasan stor di sebuah penempatan di Telipok.

Suharto didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan oleh pendakwaan bahawa kesemua barang tersebut dilaporkan hilang dari kereta pengadu pada 9 Dis, tahun sama.

Suharto diperintahkan menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin mengendalikan pendakwaan manakala Suharto tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.