Warga Israel Terperangkap Di ‘Airport’ Selepas Diserang Penunjuk Perasaan

30 Oct 2023 • 11:50 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan warga Israel terperangkap di lapangan terbang Antarabangsa Mackachkala, Dagestan, Rusia selepas diserbu oleh sekumpulan besar perusuh.

Menurut laporan Daily Mail, beratus-ratus penunjuk perasaan menyerbu lapangan terbang Makhachkala di republik Rusia itu untuk membantah pendaratan sebuah pesawat Red Wings yang datang dari Tel Aviv, lapor agensi berita dan media sosial Rusia.

Apa yang lebih mengejutkan, menerusi beberapa video yang mula tular di laman sosial, kelihatan penunjuk perasaan membawa bendera Palestin, memecah pintu di terminal untuk memasuki ke landasan.

Warga Israel terperangkap

Disebabkan insiden tersebut, penerbangan Red Wings dilaporkan terpaksa bergerak ke lapangan terbang berikutan mendarat di destinasi berbeza, menurut rangkaian televisyen Israel Channel 12.

Bagaimanapun, semua penumpang diberitahu untuk tinggal di tempat duduk mereka sementara polis rusuhan dipanggil untuk melindungi mereka.

Malah, beberapa orang ramai mengibarkan bendera Palestin, sambil melaungkan ‘Allahuakbar’ dan memegang papan tanda bertulis ‘Pembunuh kanak-kanak tiada tempat di Dagestan’.

image is not available

image is not available

image is not available

Difahamkan juga, pihak berkuasa telah menutup kawasan lapangan terbang tersebut buat sementara waktu dan tiada laporan mengenai kematian dilaporkan susulan kejadian rusuhan tersebut.

Kementerian Kesihatan Dagestan berkata lebih 20 orang cedera, dengan dua dalam keadaan kritikal. Ia berkata yang cedera termasuk pegawai polis dan orang awam.

Sekadar info, majoriti penduduk Dagestan beragama Islam dan wilayah itu dilaporkan dianggap sebagai pusat penting Islam di Caucasus dan bekas Kesatuan Soviet.

Sumber: Daily Mail (Dan Woodland)