Warga Klang diminta bersedia hadapi air pasang besar mulai esok hingga 12 Oktober

8 Oct 2022 • 9:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 OKT: Warga Klang diminta untuk bersedia dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling berikutan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku mulai esok hingga 12 Oktober.

Dato’ Menteri Besar turut menasihatkan orang ramai untuk menyimpan nombor talian bantuan sebagai persediaan menempuh air pasang besar yang dijangka mencatat paras tertinggi sehingga 5.5 meter.

“Warga Klang dinasihatkan menyimpan nombor-nombor penting (seperti jadual di bawah) semasa kecemasan sewaktu Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku sehingga 12 Oktober.

“Kerajaan Negeri berada dalam keadaan sedia utk sebarang kemungkinan,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebbok hari ini.

Talian perhubungan bencana daerah Klang seperti berikut:

image is not available

Ramalan paras air laut pada 9 hingga 12 Oktober:image is not available