
BEAUFORT: Kakitangan Majlis Daerah Beaufort (MDB) perlu terus mengekalkan prestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan inklusif yang menjadi teras utama dalam pentadbiran kerajaan yang unggul.
Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KTP), Datuk Isnin Aliasnih berkata, ia penting bagi memastikan MDB mampu menangani cabaran urbanisasi dengan lebih berkesan.
“Pada masa sama, ia mampu menjadikan MDB sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang maju dan mampan sejajar dengan aspirasi nasional khususnya rakyat di kawasan ini.
“Justeru, perkhidmatan terbaik, berintegriti dan inklusif harus dikekalkan di kalangan kakitangan MDB yang turut memainkan peranan besar dalam pelan pembangunan negara,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Aidilfitri dan Anugerah Cemerlang MDB yag diadakan di Dewan Pa’ Musa, di sini pada Khamis.
SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more Hadir sama Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun dan Pegawai Eksekutif MDP, Mohd Ainol Mohd Dun. Isnin yang juga Adun Klias berkata, anugerah kecemerlangan itu adalah satu pengiktirafan kepada warga MDB, sekali gus sebagai pendorong supaya terus mengekalkan komitmen jitu.
Katanya, pengiktirafan ini juga dapat wujudkan persaingan sihat dalam kalangan warga MDB untuk membuktikan keupayaan masing-masing dalam menghasilkan perkhidmatan yang terbaik.
“Pemberian anugerah ini juga sebagai langkah membudayakan kecemerlangan dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan MDB.
“Justeru, warga MDB diharap terus menunjukkan prestasi kerja berkualiti dan sentiasa menambahbaik mutu perkhidmatan,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
