
Seorang warga Nepal baru-baru ini telah ditangkap kerana cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Menerusi laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku di Kampung Bunga Raya, Rawang, pada 22 Oktober lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari. Difahamkan motif suspek berbuat demikian kerana terlalu rindukan anaknya.
Suspek yang cuba menyamar menjadi tukang cuci cuba menculik kanak-kanak lelaki yang sedang bermain di ruang tamu rumah.
Menurut, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, suspek dipercayai mempunyai tekanan jiwa kerana terlalu rindukan anak.
Motif setakat ini ialah suspek rindukan dua anaknya yang usia mereka hampir sebaya dengan anak pengadu (mangsa).
Oleh kerana rindukan anak, suspek mula berkelakuan kurang siuman. Suspek mendakwa kali terakhir bertemu anak-anak dan isterinya Aidilfitri tahun lalu.
Susulan itu, suspek telah dihantar ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sungai Buloh bagi membuat pemeriksaan.
Pihak polis sedang menunggu laporan daripada Hospital. Mohd Hafiz berkata, pihaknya juga akan menyemak segala dokumen keluar masuk suspek.
Terdahulu, tindakan suspek yang cuba menculik mangsa gagal apabila penduduk menyedari dan menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu penculikan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian
