Warga Pandan Indah dijemput hadir rumah terbuka, peluang menang cabutan bertuah

3 May 2023 • 1:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 3 MEI: Sebanyak 80 hadiah cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak antara tarikan rumah terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah pada Sabtu ini.

Majlis diadakan di kawasan parkir bersebelahan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Ampang bermula 7.45 malam hingga 11.30 malam.

Pengurus Pusat Khidmat DUN Nariza Zain berkata pelbagai juadah seperti ketupat, lemang, rendang ayam, kuah lodeh dan kari kambing disediakan untuk tetamu selain dihiburkan persembahan pentarama oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

“Selain itu, 500 tetamu terawal berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama antaranya peti sejuk, komputer riba, tablet dan basikal bukit.

“Jadi, datang awal untuk peluang memenangi cabutan bertuah. Duit raya daripada Ahli Dewan Negeri Ir Izham Hashim turut diberikan kepada 600 orang kanak-kanak,” katanya kepada Selangorkini.

Ujar Nariza, tetamu juga akan dijamu dengan buah-buahan daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved