Warga Portugal isi diesel di Sepanyol kerana murah

WorldBusiness & Finance
14 Sep 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Warga Portugal isi diesel di Sepanyol kerana murah

LISBON: Ramai rakyat Portugal merentasi sempadan untuk mengisi minyak apabila kerajaan Sepanyol menambah diskaun €0.20 sen (RM0.94 sen) seliter menjadikan jualan dieselnya yang kedua termurah di Kesatuan Eropah (EU).

Ini kerana harga diesel dijang­ka meningkat di Portugal pada awal minggu ini, menurut unjuran Persatuan Kebangsaan Peruncit Bahan Api (ANAREC).

Harga diesel dijangka terus mencatat rekod tertinggi dalam sejarah Portugal. 

Peningkatan diskaun cukai yang diumumkan kerajaan san­gat kecil, iaitu hanya sekitar €0.10 sen (RM0.47 sen) menye­babkan unjuran kenaikan sebanyak €0.04 sen (RM0.18 sen) seliter hampir tidak berubah. 

Susulan itu, harga indikatif seliter diesel dijangka mencecah kira-kira €2.15 (RM10)  mulai Isnin ini, sekali gus mencatat paras tertinggi di Portugal.

Presiden ANAREC, Joao Durao menuduh kerajaan berbohong kepada rakyat Portugal apabila mendakwa ia tidak mengaut keuntungan daripada kenaikan harga bahan api.

Sepanyol kini mempunyai harga diesel kedua termurah di EU, iaitu €1.79 (RM8.45) seliter. 

Malta mencatat harga paling rendah, Bulgaria berada di tempat ketiga sebelum diikuti Hungary.

Sebaliknya, Finland menca­tat harga diesel paling mahal, iaitu €2.47 (RM11.66) seliter, diikuti Belanda  €2.44 (RM11.51), Denmark pada harga €2.43 (RM11.47)) manakala Jerman menjualnya menerusi harga €2.32 (RM10.95). 

Krisis Asia Barat yang tercetus susulan perang yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) bersama Israel terhadap Iran pada Februari lalu, dan sekatan terhadap Selat Hormuz yang berlaku kemudian, telah menyebabkan harga minyak termasuk bahan api me­lonjak ke paras rekod. – AGENSI

 

 

The post Warga Portugal isi diesel di Sepanyol kerana murah appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved