Warga Sabah dijemput sertai program Temu Anwar, Rabu ini

Politics
29 May 2023 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Sabah untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada Rabu ini.

Dalam hantaran di media sosialnya, Anwar yang turut memuat naik poster program berkenaan berkata, ia akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program anjuran Anwar Ibrahim Club dengan kerjasama UMS itu akan bermula 4 petang dan pendaftaran boleh dibuat melalui www.temuanwar.com. - Bernama