Warga Sarawak didakwa fitnah hakim

8 Feb 2023 • 5:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Sarawak berusia 49 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini Selasa atas pertuduhan memfitnah Hakim Mahkamah Tinggi di sini lima tahun lalu.

Shaffarizan Mohamad, yang tampil di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles didakwa memfitnah Datuk Mairin Idang (ketika itu hakim Mahkamah Tinggi) dengan merakam dan mengedarkan sebuah video kerana mengetahui fitnah itu akan merosakkan reputasi Mairin.

Shaffarizan didakwa melakukan kesalahan itu jam 3.30 petang, 9 Julai, 2018 di pejabat Mahkamah Tinggi, Jalan Kg Air 1 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu embawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shaffarizan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Inspektor Kelvan Elson Maik, yang melakukan pendakwaan mencadangkan ikat jamin sebanyak RM4,000 beserta dua penjamin.

Shaffarizan yang tidak bekerja, tidak diwakili, berkata dia tidak mempunyai masalah dengan jaminan yang ditawarkan.

Lovely menetapkan 7 Mac untuk pengurusan kes dan membebaskan Shaffarizan dengan ikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin.

Dalam kes berasingan, lima lelaki didenda sejumlah RM6,000 kerana melakukan jenayah keganasan, dua tahun lalu.

Ramlan Maidin, Hisyam Ghazali, Jamiun Talib, Rajis Asin dan Jamil Budun, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu ke atas seseorang bernama Suzley Izuddyin Shukor jam 10 pagi pada 18 Nov, 2021 di sebuah rumah di Taman Ketiau, Putatan.

Mereka masing-masing diperintahkan membayar denda RM1,200 atau penjara dua bulan.

Mereka memohon denda lebih rendah atas alasan mereka malu dan kesal dengan tindakan itu.

Pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Kelima-lima mereka didakwa bersama di bawah Seksyen 141(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.