Warga SJK (C) Mun Choong Anjur Acara Memperingati Mangsa Terkorban Tanah Runtuh

30 Dec 2022 • 11:36 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suasana acara memperingati mangsa tanah runtuh di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mun Choong pagi ini - Gambar oleh Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR – Suasana sedih dan sayu menyelubungi Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mun Choong di sini pada acara memperingati 31 mangsa terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali pada 16 Disember lalu, pagi ini.

Acara bermula pada jam 9 pagi itu menyaksikan lebih 500 orang berkumpul, terdiri daripada keluarga, rakan sekelas, rakan setugas dan rakan mangsa.

Kesuraman menyelubungi suasana di situ apabila Naib Pengetua sekolah, Ng Siew Foon mengimbau kembali detik beliau menerima panggilan telefon daripada seorang mangsa tanah runtuh terselamat yang memaklumkan mengenai musibah itu.

image is not available
Kesuraman menyelubungi suasana acara pagi ini - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Ng dilihat sebak ketika berbicara mengenai rakan sekerjanya yang terkorban dalam kejadian itu.

Beliau turut meminta media yang hadir supaya mengurangkan liputan mengenai isu sekolah itu, dengan mengatakan warganya mahu beralih daripada insiden tragis yang meragut nyawa enam guru dan pekerja kantin mereka.

Daripada 31 yang terkorban dalam kejadian itu, 13 adalah kanak-kanak berumur antara satu hingga 12 tahun. – The Vibes, 30 Disember 2022

BERITA LANJUT MENYUSUL