Warga Thailand Cedera Tertusuk Besi Konkrit di Kuala Krai

24 May 2025 • 2:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki berdepan detik menyakitkan apabila paha kanannya tertusuk besi konkrit dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Peria, di Kuala Krai petang semalam, dan terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam sebelum diselamatkan.

Menurut laporan Buletin TV3, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (KUP), Awang Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung khidmat khas menyelamat pada jam 4.15 petang.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai telah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki warga Thailand berusia 28 tahun tertusuk besi konkrit pada paha kanan ketika berada pada ketinggian kira-kira tiga meter.

“Tindakan awal yang diambil adalah menurunkan mangsa dan memotong besi berkenaan menggunakan peralatan khas,” katanya.

image is not available

Foto: Carian Google

Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.09 petang.

Sumber: Buletin TV3 (Hazira Ahmad Zaidi)