Warga Vietnam Cuba Seludup Masuk Tikus Salai Ke Dalam Malaysia Berjaya Ditumpas

19 May 2023 • 1:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kira-kira 10 kilogram (kg) tikus salai ke Malaysia

Warga Vietnam Cuba Seludup Masuk Tikus Salai Ke Dalam Malaysia Berjaya Ditumpas. Seorang warga Vietnam berjaya ditumpas sebelum membawa masuk kira-kira 10 kilogram (kg) tikus salai ke Malaysia oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas pada Rabu yang lepas.

Pegawai MAQIS Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib mengatakan bahawa rampasan bernilai RM1,000 itu berjaya dilakukan oleh mereka bersama-sama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pintu masuk negara sebaik pesawat tiba dari negara Vietnam.

image is not available
Warga Vietnam Cuba Seludup Masuk Tikus Salai Ke Dalam Malaysia Berjaya Ditumpas. Kredit: Sinar Harian

Perbuatan mengimport hasilan haiwan tanpa permit adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)

Beliau berkata bahawa haiwan itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan pemeriksaan oleh pegawai MAQIS ke atas bagasi seorang penumpang dari Vietnam.

“Tikus salai tersebut dijumpai semasa pemeriksaan bagasi seorang penumpang dari Vietnam. Kita merampas tikus salai berkenaan selepas mendapati ia dibawa masuk ke negara ini tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Ikram turut menambah bahawa perbuatan mengimport hasilan haiwan tanpa permit adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). “Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

image is not available
Kredit: Sinar Harian

image is not available
Warga Vietnam Cuba Seludup Masuk Tikus Salai Ke Dalam Malaysia Berjaya Ditumpas

“Seperti kita maklum, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung,” katanya lagi.

Beliau menambah bahawa MAQIS sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu sentiasa mematuhi undang-undang serta prosedur yang ditetapkan untuk mencegah masalah keselamatan negara seperti ini daripada berlaku di masa hadapan.

image is not available
Warga Vietnam Cuba Seludup Masuk Tikus Salai Ke Dalam Malaysia Berjaya Ditumpas

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: