Waris dicari

5 Nov 2022 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TONGOD: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Tongod memohon bantuan orang ramai untuk mengesan keluarga atau waris seorang bayi perempuan yang kini berusia 11 bulan.

Kanak-kanak itu diserahkan ibu kandungnya dikenali sebagai Felina Oton Oracay kepada pasangan suami isteri di rumah mereka di Kg Karamunting, Jalan Batu Sapi Sandakan pada 4 Disember 2021.

Penjaga kanak-kanak itu telah pun membuat laporan polis berhubung kes ini bagi tindakan selanjutnya oleh pihak berkenaan.

Kanak-kanak bernama Auroraiza itu dilahirkan pada 3 Disember 2021 di Kg Karamunting, kira-kira jam 11.30 malam.

Pelindung Kanak-Kanak Daerah Tongod, Arnold Gongora, dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat berkata, susulan itu, Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Tongod kini sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Orang ramai yang mengenali waris atau keluarga kanak-kanak ini boleh menghubungi beliau pada talian 087-748837 atau 087-748838.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved