
BELURAN: Keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dicari bagi urusan penjagaan.
Pelindung Kanak-Kanak dari Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Beluran, Mohd Hafiz Ahmad berkata kanak-kanak itu, Hans Ian Matoe yang lahir pada 14 Ogos 2017, merupakan mangsa pengabaian.
Mohd Hafiz berkata, dalam satu laporan polis dibuat oleh pengadu yang dikenali sebagai Kitty Pamela Jungkin, yang juga penjaga, memberitahu pada 14 Ogos 2017, di rumah ibu mertuanya, pengadu dijanjikan diberikan seorang bayi lelaki daripada seorang perempuan bernama Jessi.
“Jessi berjanji akan memberikan bayi tersebut kepada pengadu untuk dijadikan sebagai anak angkat.
“Namun, selepas dua hari melahirkan, Jessi menghilangkan diri dan sehingga kini tidak dapat dihubungi dan dikesan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mohd Hafiz berkata keluarga atau pun waris kanak-kanak tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan.
Kes itu diambil tindakan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).
Maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Mohd Hafiz di 016-5528340 dan 089- 518301.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

