Waris kanak-kanak ini dicari

16 Aug 2024 • 11:08 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

BELURAN: Pelindung Kanak-Kanak dari Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Beluran berusaha mengesan waris dan keluarga kandung seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan sejak 2017.

Pegawai Kebajikan Daerah Beluran, Asmad Nasir berkata, pihaknya sedang mengesan ibu kandung dan waris kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Marlinah Abdullah.

Kanak-kanak yang kini berusia tujuh tahun lapan bulan tersebut dirujuk kepada Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Beluran pada 19 Mac oleh pengadu Jalma @ Alus Awang Jalil dan pasangannya, Muhammad Ismail.

Kanak-kanak ini dirujuk di bawah Subperenggan 17(1)(e)(i) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) iaitu kanak-kanak itu tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga.

SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more “Berdasarkan maklumat pengadu, pada 19 Oktober 2017, lebih kurang jam 9 pagi, seorang wanita yang dikenali sebagai Roaini datang ke gerai sayur milik pengadu di No. 4 Pekan Beluran.

“Wanita tersebut telah meninggalkan anak perempuannya yang bernama Marlinah, berumur satu tahun ketika itu buat sementara waktu.

“Sehingga tarikh laporan polis dibuat oleh pengadu pada 2 Oktober 2019, Roaini mahupun waris tidak pernah datang menuntut anaknya,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya lagi, pengadu cuba untuk menghubungi nombor telefon yang ditinggalkan namun gagal.

Kanak-kanak tersebut kini berada dalam jagaan pengadu sejak kanak-kanak itu berusia satu tahun dan akan ditempatkan sementara di bawah jagaan pengadu melalui Perintah Jagaan Sementara di bawah Subseksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Orang ramai boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Mohd Hafiz Ahmad di 016-5528340 bagi sebarang pertanyaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved