
Waris Kesultanan Sulu Kemuka Permohonan, Mahu Sita Aset Milik Petronas
Waris Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II dilaporkan telah mengemukakan permohonan kepada mahkamah Belanda untuk menyita aset milik syarikat minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas), lapor Awani.
Peguam bersama utama yang mewakilkan waris sultan dari firma guaman British 4-5 Gray’s Inn Square, Paul Cohen berkata, pihak mereka telah mengemukakan petisyen eksekuatur kepada Mahkamah Rayuan The Hague meminta keputusan Timbang Tara bertarikh 28 Februari 2022 diiktiraf di Belanda.
Dalam pada itu, pihak mereka juga akan melaksanakan makluman rasmi kepada Kerajaan Malaysia dalam masa terdekat.
Disamping itu, Petronas dan juga kerajaan Malaysia juga dilaporkan sudah sedia maklum berkaitan rancangan rampasan aset tersebut.
Difahamkan, waris Kesultanan Sulu telah melakukan tuntutan sebanyak RM62.59 bilion kepada Malaysia dan didakwa telah merampas aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan.
“Petronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat itu, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan berkenaan telah pun dipulangkan (“repatriated”) dengan sewajarnya,” jelas Petronas dalam satu kenyataan pada 12 Julai lalu, lapor Awani.
Tindakan kesultanan Sulu tersebut berlaku disebabkan oleh kerajaan Malaysia semasa pemerintahan Datuk Seri Najib telah menghentikan bayaran RM5,300 yang diterima oleh waris Kesultanan Sulu sejak perjanjian 1878 bersama Sultan Mohamet Jalam Al Alam (Sultan Sulu pada ketika itu) dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.
Difahamkan juga, Malaysia terus melakukan pembayaran berkenaan apabila sabah membentuk Malaysia dan juga Tanah Melayu. Namun, Putrajaya telah hentikan pembayaran selepas 200 anggota militan yang diketuai oleh Jamalul Kiram III bertindak menceroboh Sabah.
Sumber: Awani
The post Waris Kesultanan Sulu Kemuka Permohonan, Mahu Sita Aset Milik Petronas appeared first on Siakap Keli.

