Waris Mangsa Hilang Di Nepal Diminta Bersedia Untuk Ujian DNA

30 Aug 2026 • 6:58 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Waris Mangsa Hilang Di Nepal Diminta Bersedia Untuk Ujian DNA

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) — Waris rakyat Malaysia yang belum dapat dikesan susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal diminta bersedia menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu proses pengecaman identiti.

Sivakumar Kalimuthu, 57, yang masih menanti khabar mengenai isterinya Kalai Mathe Karuppaiah, 57, berkata mereka dimaklumkan mengenai keperluan ujian itu pada sesi taklimat oleh Kementerian Luar di Wisma Putra hari ini.

“Pihak polis akan menghubungi kami untuk tujuan ujian DNA dan saya perlu mengumpulkan tiga anak untuk ujian tersebut,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata ujian DNA itu antara persediaan berikutan penemuan beberapa jasad belum dikenal pasti di kawasan bencana yang terpaksa dikebumikan segera kerana ketiadaan fasiliti penyimpanan sesuai di lokasi.

Sivakumar berkata anaknya kini berada di Singapura, Kedah dan Selangor, dan mereka masih bersedih serta terus berharap wanita itu ditemukan selamat.

Berhubung komunikasi terakhir mereka, Sivakumar berkata menerima panggilan daripada Kalai Mathe yang juga seorang suri rumah pada kira-kira 11 pagi Selasa lepas.

“Isteri memaklumkan dia dan kumpulan pelancong dari Malaysia sebanyak 17 orang mahu bergerak masuk ke Kailash untuk sembahyang dan selepas itu tiada lagi sebarang komunikasi,” katanya.

Sivakumar berkata akan terus berdoa agar isterinya berada dalam keadaan selamat dan berharap dapat membawa wanita itu pulang ke tanah air.

Terdahulu, taklimat tertutup oleh Kementerian Luar memaklumkan waris rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan digalakkan menjalani ujian DNA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bermula esok selepas menerima pemakluman rasmi.

Ujian itu akan digunakan sebagai rujukan silang profil identiti bagi membantu proses pengecaman mangsa kejadian itu yang berlaku pada Rabu lepas.

— BERNAMA

The post Waris Mangsa Hilang Di Nepal Diminta Bersedia Untuk Ujian DNA appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved