Waris Mangsa Tragedi Elmina Terima Sumbangan PM

24 Aug 2023 • 8:53 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Farhan bersama keluarga pemandu e-hailing. - gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Sedih dengan Tragedi Elmina yang menggemparkan negara minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ketinggalan menghulurkan sedikit sumbangan kepada waris mangsa.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memberitahu, sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.

Katanya, Ahmad Farhan kelmarin telah menziarahi waris Pegawai Khas kepada Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki.

Turut diziarahi ialah keluarga Johari dan waris juruterbang, Allahyarham Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi.

“Hari ini (semalam pula) saudara Farhan telah ketemu waris keluarga Allahyarham Shahrul Kamal Roslan (Juruterbang), Allahyarham Sharipudin Shaari (Pemandu E-Hailing) dan Allahyarham Haikal Aras Abdul Azim (Juruterbang) menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak saya.

“Saya amat berharap waris keluarga mangsa yang terlibat tabah tatkala diuji ujian yang getir dan berat ini. Semoga kita semua dapat mendoakan ruh mereka diberikan tempat yang terbaik di sisi Yang Maha Esa serta keluarga dikurniakan kekuatan saat ini,” katanya.

Dalam tragedi berkenaan, 10 mangsa termasuk dua orang awam maut apabila pesawat peribadi Beechcraft 390 terhempas di Elmina, Shah Alam, hanya dua minit sebelum dijadualkan mendarat.

Pesawat terbabit yang sedang dalam penerbangan pulang dari Langkawi, sebelum itu telah menerima pelepasan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang.

Ia membawa bersama enam penumpang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dan dua kru pesawat. - Getaran, 24 Ogos 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved