Waris selesai tuntut mayat mangsa kemalangan nahas udara di Kapar

14 Feb 2024 • 7:25 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KLANG — Jasad seorang lagi mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Daniel Yee Hsiang Khoon telah dituntut oleh ahli keluarganya di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), petang ini.

Mayat Daniel, 31, dibawa ke Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi pada jam 6.08 petang, dengan diiringi oleh dua motosikal berkuasa besar milik polis.

Anggota trafik itu memaklumkan, mayat mendiang Daniel akan dibawa ke Nirvana bagi upacara persemadian.

Manakala mayat seorang lagi mangsa tragedi itu, pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 43, dibawa keluar dari Jabatan Forensik HTAR, juga diiringi dua anggota polis trafik pada jam 3.08 petang tadi selepas selesai menjalani proses bedah siasat.

Mendiang Roshaan dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Sunway Lenang Heights, Johor Bahru sebelum dibawa ke pusat krematorium esok.

Terdahulu, polis mengesahkan kematian kedua-kedua mangsa adalah disebabkan pelbagai kecederaan akibat kemalangan udara (multiple injuries due to plane crah).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, proses bedah siasat yang dimulakan sejak jam 10 pagi selesai pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Vijaya turut memaklumkan punca nahas pesawat model BK 160 Gabriel masih disiasat Biro Keselamatan Udara (BSKU). – 14 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved