“Waris Tak Mampu Bayar Kos Urus Jenazah RM1,500, Jenazah Kena ‘Sidai’ Dibiar Bersemut” – UKJV

1 Jul 2026 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isu pengurusan jenazah terus menjadi perhatian apabila didakwa terdapat kes jenazah dibiarkan sehingga tujuh jam kerana waris tidak mampu melunaskan kos pengurusan pengebumian kepada pihak masjid.

Menurut Pengerusi dan Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ), Wan Cai, pihaknya pernah mengendalikan sekurang-kurangnya 10 kes seumpama itu di Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka, kebanyakannya membabitkan golongan miskin bandar.

Advertisement
View this post on Instagram

“Memang ada kes jenazah dibiarkan begitu lama. Dalam beberapa kes, ada yang terbiar selama tujuh jam.

“Ini kerana ada segelintir pengurusan kariah didakwa tidak mahu menguruskan jenazah itu sebab waris tiada wang,” katanya kepada Kosmo!.

Wan Cai turut berkongsi satu kes yang berlaku kira-kira tujuh tahun lalu melibatkan seorang lelaki yang meninggal dunia di rumah sewa di Shah Alam.

Menurutnya, waris ketika itu tidak mampu menyediakan kos pengurusan jenazah sebanyak RM1,550 serta kos pengangkutan ke Pulau Pinang berjumlah RM1,500, menjadikan keseluruhan RM3,050.

Katanya, seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) pengurusan jenazah pada awalnya hadir untuk membantu, namun beredar selepas dimaklumkan bahawa waris tidak mampu membuat bayaran.

“Apabila tidak mampu membayar, AJK itu hanya meluruskan badan jenazah, menutup dengan kain batik dan beredar.”

Lebih menyedihkan, Wan Cai mendakwa pihaknya hanya menerima maklumat beberapa jam kemudian dan mendapati jenazah tersebut sudah dihurung semut.

“Apabila kami sampai, jenazah sudah dihurung semut. Itu yang paling menyedihkan.”

Beliau turut mendakwa kekeliruan prosedur di sesetengah kawasan, termasuk keperluan mendapatkan kebenaran masjid dan pihak berkuasa tempatan (PBT), menyebabkan urusan pengebumian menjadi lebih rumit.

“Kalau Saya Nak Glamor, Dah Lama Saya Dedah Identiti” – Aktivis Wan Cai Nafi Tohmahan Netizen Susulan Kes Pengurusan Jenazah Kariah Masjid Di Ampang

“Isunya bukan sekadar prosedur, tetapi juga soal belas ihsan. Mustahil tiada peruntukan khas disediakan bagi kes-kes mendesak sebegini.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SS2026-06-30 15:34:05

Syed Saddiq Enggan Ulas Perancangan Kahwin Dengan Bella, Mahu Fokus Prosiding Mahkamah

The post “Waris Tak Mampu Bayar Kos Urus Jenazah RM1,500, Jenazah Kena ‘Sidai’ Dibiar Bersemut” – UKJV first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved