Warisan akan buat landasan kereta api seluruh Sabah, sangkar ikan percuma - Mohd Shafie

LocalPolitics
24 Nov 2025 • 7:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Shafie

KOTA KINABALU - Parti Warisan akan membina landasan kereta api menyambungkan bandar utama seluruh Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, itu antara tawaran Warisan kepada rakyat Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 ini.

Menurut Mohd Shafie, secara keseluruhan pihaknya fokus kepada membaiki kemudahan asas, mewujudkan peluang pekerjaan dan membuat industri baharu mengikut daerah yang dibahagikan dalam lima zon.

"Setiap zon mempunyai fokus industri dan pembangunan berbeza seperti hab pendidikan, pelancongan, loji kuasa, pertanian serta penternakan makanan laut.

"Dua empangan juga akan dibina di Kinabatangan dan Lahad Datu.

"Pelabuhan antarangsa turut dibina serta landasan kereta api menghubungkan Kudat, Sipitang, Keningau, Tawau dan Sandakan," katanya ketika menyampaikan manifesto di Kota Kinabalu, pada Ahad malam.

Menurutnya, antara program bakal diwujudkan pula iaitu program sangkar ikan dan rumah walit secara percuma.