Warisan dan Umno tidak layak ulas lompat parti: G57

Politics
4 Aug 2022 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar berkata pemimpin Parti Warisan dan Upko telah hilang kredibiliti dan harus mengelak daripada bersuara untuk menyokong Akta Anti-Lompat Parti yang diluluskan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, di sini, Zulkarnain mengkritik Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana “tanpa rasa segan membincangkan Akta itu”.

“Saya agak malu apabila melihat Shafie ditemu bual oleh sebuah stesen televisyen dengan ahli politik Umno dan DAP kerana Shafie seperti tidak rasa bersalah bercakap tentang lompat parti.