Warisan gagal laksana tanggungjawab semasa memerintah: Annabell

Politics
19 Apr 2024 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Pemerintahan kerajaan lalu yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) gagal melaksanakan tanggungjawab dalam menyampaikan dan mengotakan janji kepada rakyat, kata Senator Annabell @ Suziena Perian.

Katanya, Warisan diberi peluang memerintah dan majukan Sabah dari 2018 sehingga 2020 namun mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

“Banyak projek pembangunan rakyat yang tergendala di bawah pentadbiran mereka dan contoh yang jelas adalah Projek Pan Borneo yang diberhentikan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut Annabell, tidak wajar untuk Warisan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan palsu terutamanya membabitkan data atau penglibatan rakyat.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua baru-baru ini, kononnya rakyat Sabah memberikan sokongan kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, menunjukkan parti itu belum membuat analisa dan pemerhatian yang jelas reaksi rakyat terhadap parti Warisan.

“Berapa ramai penyokong mereka mula meninggalkan parti tersebut dan berhijrah ke parti lain kerana Warisan sudah mula hilang kawalan untuk mengemudi kapal mereka,” katanya lagi.

Annabell menegaskan usaha untuk berkempen dan memenangi hati rakyat tidak salah, namun jangan sesekali menjadi fitnah.

“Pilihan raya yang semakin dekat memberikan mereka tekanan untuk menonjolkan diri kepada rakyat dan mula menunding jari mencari kelemahan orang lain.

“Nampak jelas bahawa mereka terlalu taksub untuk berpolitik dan agenda pembangunan dan kemajuan rakyat bukan menjadi misi utama mereka.

“Seharusnya pengalaman lalu perlu dijadikan teladan untuk membangunkan Sabah dan bukan hanya tahu bercakap dan menunding jari bahawa mereka sangat gah,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Annabell turut menegaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerajui Kerajaan Negeri dalam landasan yang tepat dan usaha berterusan untuk pembangunan serta menyelesaikan masalah rakyat.

“Ketua Menteri kita merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kuat bekerja, walaupun hanya tiga tahun memimpin negeri, pencapaian dan kejayaan dapat dirasai rakyat.

“Adalah merugikan rakyat dan negeri, jika kerajaan yang dipimpin tidak berterusan seperti mana berlaku selepas PRU14, kerajaan Sabah diambil alih oleh pemimpin seperti tikus membaiki labu, kerana pemimpin kerajaan masa itu bagaikan kera mendapat bunga.

“Sudah-sudahlah jadi pihak yang melagakan dan menimbulkan masalah, alangkah bagusnya jika sama-sama memberikan buah fikiran dan menyumbang idea untuk usaha Kerajaan Negeri membangunkan serta memulihkan masalah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article