Warisan gesa ATM beri komitmen pantau keselamatan Laut China Selatan

26 Sep 2022 • 12:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Komitmen berterusan kerajaan menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperlukan bagi memastikan tentera China tidak sesuka hati mencerobohi sempadan dan perairan negara di Laut China Selatan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, berkata China kebelakangan ini agak aktif melalui aktiviti ketenteraan dan penguatkuasaan maritim di Laut China Selatan hingga menganggu aktiviti perikanan serta industri minyak dan gas negara.

Menurutnya, siri pencerobohan berulang kali sejak tahun 2013 itu dapat dilihat daripada laporan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) membabitkan 23 kes di Zon Eksklusif Negara (EEZ) sepanjang 2021.