Warisan komited tanding solo: Azis

LocalPolitics
15 Jul 2025 • 8:36 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Parti Warisan mengulangi pendirian tegasnya untuk terus bergerak solo, tanpa bergabung dengan mana-mana parti lain, dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, parti itu ketika ini memfokuskan untuk mempertahan kerusi yang pernah dimenanginya semasa pilihan raya lepas termasuk kerusi DUN Kunak selepas wakil rakyat di sini melompat parti.

Katanya, Warisan juga berusaha untuk menambah jumlah kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri pada PRN17 nanti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita perlu mempunyai mentaliti menang. Maksudnya kita yakin dan perlu meletakkan keyakinan itu kepada rakyat, bahawa dalam situasi yang berlaku hari ini, kita yakin Warisan boleh melepasi angka 37 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya selepas program Sesi Sembang Santai bersama Komuniti Kunak, di Dewan SJKC Pai Sheng, Sabtu lepas.

Dalam perkembangan sama, Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata beliau optimis DUN Kunak akan terus dipertahankan oleh Warisan dengan meletakkan calon terbaik pada PRN ini.

Seramai 500 ahli baharu daripada lima cawangan di Kunak menyerahkan borang keahlian mereka kepada Warisan di majlis itu.