Warisan letak syarat saman RM10 juta jika calon lompat parti

LocalPolitics
18 Jun 2025 • 5:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Nora Ahmad

PUTATAN: Parti Warisan (Warisan) menetapkan syarat saman sebanyak RM10 juta kepada calon parti itu untuk Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) bagi mencegah pembelotan politik dan pelanggaran lain.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, syarat itu memastikan calon menang diambil tindakan sekiranya melakukan perlanggaran, termasuk lompat parti.

“Kita perlu sesuaikan selera pengundi di akar umbi kerana calon ini penting, ia akan menjadi perhitungan, kerana 65 peratus pengundi di merata tempat adalah dari golongan anak muda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Keduanya pula, jangan melompat. Itu kriteria yang kita letak walaupun kita tahu Akta Anti Lompat sudah ada tetapi saya sudah bersedia, sekiranya ada yang melompat, saya akan bawa mereka ke mahkamah saman RM10 juta.

“Jadi untuk PRN kali ini saya sudah sediakan, mana-mana calon yang saya letak untuk bertanding, saya akan denda jika sekiranya mereka mengambil langkah yang tidak selaras dengan parti atau dalam perlembagaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Dewan Sri Putatan, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan Warisan untuk meletakkan calon pada PRN Sabah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Adun Senallang itu mengakui ramai yang berminat menjadi calon, namun penekanan utama ialah kepada komitmen untuk mereka bekerja dan berkhidmat kepada rakyat.

“Ramai yang bernafsu untuk jadi calon, tetapi bagi saya, pilihan raya kali ini bukan soal mahu menjaga hati, tetapi kita mahu ambil kuasa.

“Rakyat di bawah memerlukan kepimpinan yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah. Saya sendiri sebagai ahli politik yang sudah lama, saya rasa malu kerana nama kita tercemar dengan pelbagai isu seperti rasuah dan masalah bekalan air,” katanya.

Diminta mengulas mengenai peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak lima peratus pada Julai ini, beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menyatakan kebimbangannya terhadap kesan langsung kepada rakyat Sabah.

“Perkara ini sudah saya suarakan di Parlimen. Kebimbangan saya ialah kenaikan harga barang yang bakal membebankan masyarakat.

“Bila SST dilaksanakan, saya harap kerajaan mengambil langkah penjimatan dalam pengurusan kewangan negara. Kini perbelanjaan negara mencecah RM400 bilion antara yang tertinggi, jadi ia perlu diurus dengan cermat.

“Saya juga telah maklumkan supaya jangan berlaku ketirisan dan elakkan perbelanjaan yang tidak menjadi keutamaan negara. Kerajaan perlu memainkan peranan dalam menangani isu ini,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 27 keluarga yang terjejas akibat kejadian kebakaran melibatkan dua kejadian berasingan di Putatan ditempatkan di PPS tersebut.

Dalam lawatannya itu, beliau berharap cadangannya sebelum ini agar penempatan sementara khas untuk mangsa bencana diwujudkan seperti yang telah dilaksanakan di Beaufort.

“Saya sudah cadangkan sebelum ini dan di Beaufort kita sudah ada penempatan kekal untuk mangsa bencana. Jadi, kita tidak perlu lagi bergantung kepada dewan atau sekolah setiap kali berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Ini kerana penempatan sementara seperti di dewan hanya boleh digunakan untuk tempoh tiga hari. Selepas itu, mangsa terpaksa mencari tempat lain.

“Jika mereka terpaksa menumpang di rumah ahli keluarga, ia boleh menimbulkan kesan sosial dalam jangka masa panjang.

“Jadi, adalah penting untuk menyediakan satu pusat penempatan khas yang kekal bagi menempatkan mangsa secara sementara, sementara mereka mendapat penempatan baharu,” katanya.