Warisan nafi kaitan dengan syabu

Politics
28 Dec 2023 • 1:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Parti Warisan (Warisan) pada Rabu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu, yang mendakwa kononnya parti itu mendapat dana atau mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.

Sindiket itu dipercayai dilumpuhkan oleh polis Bukit Aman dengan penahanan 10 individu, termasuk ketuanya, pada Selasa.

Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua berkata parti itu menganggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.

Beliau berkata sekiranya tuduhan itu terus berulang, parti itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan Warisan dengan apa-apa aktiviti atau sindiket haram yang melanggar undang-undang.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Warisan kesal masih ada segelintir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengaitkan kes itu dengan Warisan seperti yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau mengalu-alukan kejayaan polis serta Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Sabah itu, menegaskan mereka yang terlibat mesti disiasat dan didakwa.

Pada Selasa, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seorang ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’, yang juga penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO), adalah antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini.

Beliau berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada 2.30 pagi 25 Dis.

Susulan pengumuman itu, tular satu mesej di aplikasi WhatsApp yang mendakwa seorang individu dalam sindiket itu mempunyai kaitan dengan pemimpin Warisan dan terbabit memberikan dana kepada parti itu.

Ayob berkata suspek ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang kali pertama digunakan bagi kes dadah yang lazimnya dibuat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana sukar mengaitkan ketua terbabit dengan sindiket berkenaan kerana modus operandinya yang sering bertukar.

“Kita buat banyak tangkapan ahli tetapi sukar bertindak terhadap ketuanya kerana pembuktian di bawah 39B (Akta Dadah Berbahaya) agak tinggi.

“Ketuanya tidak terbabit secara langsung dan modus operandinya sering bertukar…jadi sukar untuk membuktikan peranannya dalam sindiket,” katanya pada sidang media.

Suspek yang ditahan termasuk seorang pegawai penguatkuasa dan pengarah urusan rangkaian restoran didakwa mengendalikan kewangan sindiket terbabit yang dipercayai aktif sejak 2015.

Aset dirampas termasuk feri, restoran, banglo, kereta mewah dan 12 syarikat berkaitan pelancongan, pembuatan serta minyak dan gas.

Sindiket itu dipercayai beroperasi selama 15 tahun dan menyeludup syabu dari sebuah negara jiran.

Ayob berkata suspek ketua sindiket itu sebelum ini pernah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.