Warisan umum ADUN Bongawan calon Parlimen Kimanis

Politics
15 Oct 2022 • 12:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Daud ketika menyambut ketibaan Mohd Shafie Program Jelajah dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Warisan Bahagian kimanis di Kampung Seri Malawaring, Bongawan, Papar.

PAPAR - Parti Warisan (Warisan) mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr Daud Yusuf sebagai calon bagi Parlimen Kimanis untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Apdal ketika berucap pada Program Jelajah dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Warisan Bahagian kimanis di Kampung Seri Malawaring, Bongawan, dekat sini.

"Banyak mahu fikir siapa jadi calon. Hari ini selaku Presiden Parti Warisan saya umumkan Dr Daud calon Kimanis.

"Insya-ALLAH, kita doakan mudah-mudahan kita menang dalam pilihan raya kali ini," katanya pada Sabtu.

Mohd Shafie dalam siri jelajahnya sudah mengumumkan dua calon Warisan setakat ini termasuk seorang daripadanya ialah peguam, Datuk Adnan Puteh bagi kawasan Parlimen Sipitang.

Buat masa ini, penyandang kerusi Parlimen Kimanis ialah Datuk Mohamad Alamin daripada BN dan beliau memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Pendidikan ll dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.