“Warna Itu Lazimnya Adalah Warna..” – Timbul Dakwaan Baju Raya ‘Brick Orange’ Haram Dipakai? Ini Penjelasan PU Amin

21 Mar 2024 • 1:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, umat Islam pasti sudah tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bahkan, ada yang sudah pun memilih warna dan membeli baju raya hari pertama untuk dipakai bersama-sama keluarga tercinta.

Betul ke warna ‘brick orange’ haram untuk dipakai?

Warna brick orange merupakan warna baju raya yang menjadi pilihan ramai pada tahun ini tetapi ada pula dakwaan mengatakan warna berkenaan haram untuk dipakai?

Menjelaskan dakwaan tersebut, Pencetus Umah (PU) Amir tampil memberi penjelasan mengenai hal itu ketika dihubungi stesen radio Era FM.

Ada sebab kenapa pakai ianya haram sebab dahulu, pakaian berwarna warna seperti jingga, merah dan terang ini diperbuat dan dicelup menggunakan safron. Warna itu lazimnya adalah warna dan perhiasan wanita.

Hukum pakai baju terang harus

Bukan itu saja, malah hukum memakai baju terang turut dikatakan harus kerana warna itu sudah tidak lagi dianggap sebagai warna yang menyerupai wanita.

Tambahannya lagi, Nabi Muhammad SAW turut pernah memakai baju berwarna merah ketika riwayatnya suatu masa dahulu.

image is not available 2 days ago

Ada Yang Dah 'Sold Out'! Harga Cecah RM13,000, Ini 3 Baju Raya Paling Mahal Tahun 2024