Warna Kabel Pengecas iPhone 15 Akan Sepadan Dengan Tubuh Peranti

TechnologyDigital
22 Aug 2023 • 5:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kabel pengecas iPhone sejak dari generasi pertama lagi ditawarkan dalam warna putih sahaja. Tetapi tahun ini menerusi siri iPhone 15 buat pertama kalinya kabel pengecas dalam kotak akan mempunyai warna yang sepadan dengan waran tubuh peranti yang dibeli menurut ciapan Majin Bu di X.

image is not available

Gambar yang dikongsi menunjukkan kabel dalam warna merah jambu, hitam dan biru muda. Tambah menarik ia sekali lagi mengesahkan perubahan ke kepala USB-C dan tubuh kabel adalah dari jenis bersulam. Ini sama seperti kabel MagSafe yang diberikan dengan pembelian MacBook Air.

image is not available

Dengan tubuh bersulam, kabel juga lebih tahan lasak jika dibandingkan dengan kabel PVC yang digunakan sekarang. Kabel iPhone mempunyai reputasi yang buruk kerana akan terkoyak selepas beberapa tahun digunakan. Jika ia boleh bertahan lebih lama, Apple dapat memenuhi sasaran mereka untuk mengurangkan lambakan sampah elektronik.