Warna Warni 1 Syawal 1445H

10 Apr 2024 • 8:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Umat Islam menziarahi kubur saudara mara mereka sempena Aidilfitri di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang hari ini. - gambar BERNAMA

Aidilfitri yang disambut di seluruh negara hari ini menyaksikan pelbagai cara umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan Syawal selepas sebulan berpuasa.

Melalui kaca mata jurugambar Afif Abd Halim di Perlis dan koleksi lensa BERNAMA, sambutan Aidilfitri yang jatuh hari ini bukan saja disambut keluarga Diraja dan pemimpin negara, malah rakyat jelata dalam cara yang berbeza-beza.

Bermula dengan solat Sunat Aidilfitri, menziarahi pusara ahli keluarga serta keluar beraya, hari ini hari gembira dan kemenangan untuk semua umat Islam. – Getaran, 10 April 2024

image is not available
Jemaah mulai meninggalkan Masjid Alwi, Kangar selepas menunaikan solat Sunat Aidilfitri pagi ini. – gambar Afif Abd Halim

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menunaikan solat Sunat Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara. Turut menunaikan solat sunat berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar PMO

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersalam-salaman dengan jemaah yang menunaikan solat Sunat Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara. Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - gambar PMO

image is not available
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

image is not available
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menziarahi makam almarhum ayahanda baginda, Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, di Masjid Al-muktafi Billah Shah, Ladang. – gambar BERNAMA

image is not available
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat, Istana Arau hari ini. Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamlullail. - gambar BERNAMA

image is not available
Umat Islam menziarahi kubur saudara mara mereka sempena Aidilfitri di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang hari ini. - gambar BERNAMA

image is not available
Gelagat anak- anak kecil ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara hari ini. - gambar BERNAMA

image is not available
Kanak-kanak Kampung Gunung Hilir ceria berjalan sekitar kampung pada hari raya Aidilfitri hari ini. - gambar BERNAMA