Warner Bros Discovery Terbuka Untuk Dibeli Dengan Netflix Antara Yang Berminat

EntertainmentBusiness & Finance
22 Oct 2025 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Warner Bros Discovery mengesahkan mereka terbuka kepada tawaran untuk dibeli oleh entiti yang berminat. Sebelum ini hanya kedengaran ura-ura WBD ingin dibeli oleh Paramount Global tetapi tawaran ditolak kerana dikatakan terlalu rendah.

image is not available

Menurut laporan CNBC, jualan adalah dalam bentuk kesemua aset syarikat atau membeli Warner Bros. dan Discovery Global secara berasingan. Sejak ura-ura WBD ingin dijual, mereka turut menerima tawaran daripada Netflix dan Comcast. Tiada maklumat berapakah harga yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat ini.

Menerusi pembelian WBD, kandungan HBO Max, CBS News dan CNN akan berpindah milik bersama dengan IP terkemuka adiwira DC, Harry Potter dan Game of Thrones. WBD sedang mengalami pelbagai isu selepas menjalani proses penggabungannya sendiri beberapa tahun lalu. HBO Go diubah menjadi Max sebelum diubah semula menjadi HBO Max dengan syarikat induk akan dipisahkan semula daripada Discovery.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved