Warren Buffet Membeli 60 Juta Saham TSMC Bernilai RM23 Bilion

TechnologyDigital
16 Nov 2022 • 4:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company ataupun TSMC kini dilihat sebagai syarikat pembangun cip semikonduktor paling penting di dunia kerana mereka bertanggungjawab untuk mengilangkan sejumlah besar daripada cip-cip pemprosesan yang menguasakan berjuta-juta peranti yang digunakan hari ini.

Terkini ia dilaporkan oleh Tom’s Hardware bahawa Warren Buffet, pelabur terkemuka dan individu keenam terkaya di dunia telah melaburkan kira-kira $5 bilion (~RM26 bilion) untuk membeli 60 juta stok saham syarikat tersebut.

image is not available

Ini merupakan suatu yang menarik kerana ramai penganalisa pasaran mengatakan bahawa industri pembuatan cip pemprosesan akan menerima pengurangan dari segi permintaan cip, dengan syarikat-syarikat seperti Global Foundries dan Intel sudahpun memperlihatkan pengurangan dari segi keuntungan.

Tetapi ia juga dapat dilihat bahawa TSMC tidak akan begitu terkesan dengan pergerakan pasaran kerana mereka masih lagi mempunyai klien-klien besar seperti Apple, AMD, NVIDIA dan Qualcomm yang masih menggunakan khidmat mereka untuk membina cip-cip pemprosesan yang terbaru.

TSMC juga dilihat sebagai diantara syarikat-syarikat pembuat cip pemprosesan yang dibenarkan untuk membawa masuk peralatan pembuatan cip keluaran Amerika Syarikat ke China, dan ini juga dilihat sebagai salah satu kelebihan kepada syarikat tersebut untuk memastikan pengeluaran cip pemprosesan moden mereka sentiasa berada pada tahap optimum.