Wartawan Colombia Ditemukan Maut Ketika Buat Liputan Keganasan

9 May 2026 • 9:55 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Wartawan Colombia Ditemukan Maut Ketika Buat Liputan Keganasan

BOGOTA – Seorang wartawan muda di Colombia ditemukan maut pada Jumaat di kawasan barat laut negara itu yang dipercayai dikuasai kumpulan gerila serta sindiket pengedaran dadah.

Mangsa, Mateo Perez, 25, sebelum ini dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas keluar membuat liputan berkaitan keganasan yang berlaku di kawasan luar bandar kira-kira lima jam perjalanan dari utara Medellin.

Menurut kumpulan kebebasan media tempatan, Perez sedang menjalankan tugasan kewartawanan menjelang pilihan raya yang dijadual berlangsung pada 31 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau gagal dihubungi selepas memasuki kawasan berisiko tinggi yang sering menjadi lokasi pertempuran antara kumpulan bersenjata dan rangkaian pengedar dadah.

Setakat ini, pihak berkuasa Colombia masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalang di sebalik kematian wartawan tersebut. – The Malaysian Update

The post Wartawan Colombia Ditemukan Maut Ketika Buat Liputan Keganasan appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved