Wartawan MYBERITA, Lailatul Qadrina meninggal dunia

29 Sep 2025 • 12:26 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Wartawan MYBERITA, Nur Lailatul Qadrina Kamarulzaman disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh ibunya yang turut mengesahkan jenazah kini berada di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Rembau untuk urusan pengebumian.

Allahyarhamah yang mesra disapa sebagai Lai mula menyertai MYBERITA pada tahun 2021 sebagai Pengurus Kandungan Kreatif. Beliau kemudiannya bertukar peranan sebagai pereka sebelum terus mengembangkan kerjaya sebagai penulis berita dan wartawan digital bagi segmen berita semasa hingga kini.

Pemergian beliau dianggap satu kehilangan besar buat rakan setugas dan seluruh warga kerja MYBERITA yang menyanjungi dedikasi serta komitmen arwah sepanjang bersama organisasi.

Berita selanjutnya menyusul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved