
Terdahulu, tular di media sosial seorang pengamal media merasakan seperti ada tiupan angin selepas pasukan penyelam polis menjumpai telefon milik mangsa bunuh, Nur Farah Kartini.
Ujarnya, sebelum kejadian, suasana di ladang kelapa sawit itu langsung tidak berangin. Dia kemudian berjumpa dengan seorang individu berkata, tiupan angin seperti itu seolah-olah tanda ‘terima kasih’ mangsa.

Memberi respon kepada cerita tersebut, pendakwah dan penyampai radio, Tajdid Hadhari meminta orang ramai menjaga akidah dan tidak mudah percaya dengan sebarang kejadian aneh.

Sebaliknya, orang ramai diminta menghormati roh arwah dan mendoakan perkara yang baik-baik. Pesanan itu ditinggalkan Tajdid di ruangan komen pada sebuah berita yang berkaitan dengan arwah Nur Farah Kartini.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Instagram tajdid_hadhari



